cikgu ada sediakan
nota RBT tingkatan 1 Bab 4 Lakaran
ARAHAN MUDAH
1-baca , fahamkan dan ingat
2-selepas itu, klik link yang diberikan untuk menjawab
soalan
3-setelah siap menjawab, beritahu cikgu dalam group
whatapp kelas.
NOTA LAKARAN
Diakhir pembelajaran ini, murid dapat:
1) menyatakan maksud lakaran dengan betul
2) menyenaraikan 3 daripada 5 peranan lakaran dalam reka bentuk
1) menyatakan maksud lakaran dengan betul
2) menyenaraikan 3 daripada 5 peranan lakaran dalam reka bentuk
Lakaran Piktorial
1- Lakaran merupakan contengan berbentuk
garisan, gambar, dan simbol bahasa yang menerangkan sesuatu perkara.
2- lakaran memainkan peranan penting dalam sesuatu
reka bentuk produk.
perbincangan dalam bab lakaran ini hanya menjurus
kepada skop lukisan kejuruteraan.
3- Lakaran boleh dipersembahkan daripada pelbagai
pandangan atau secara piktorial (bergambar) sama ada 3 Dimensi (3D) atau 2
Dimensi (2D).
4- lebih mudah difahami dan diaplikasikan dalam
reka bentuk produk.
MAKSUD
*Lakaran ialah .(INGAT!!!)
1- satu lukisan awal atau lukisan draf yang dihasilkan menggunakan teknik lakaran bebas (freehand
drawing) tanpa bantuan
alat melukiS seperti pembaris atau jangka lukis
2- gambaran awal bagi menunjukkan rupa atau bentuk
sesuatu produk.
3- komunikasi berlaku antara pereka bentuk dan
pembuat produk dalam bentuk grafik dan tulisan.
4- Alatan asas yang digunakan untuk lakaran
ialah
A)pensel (2B dan 4B)
B)arang,
C)pastel kapur,
D)pen penanda (marker pen),
E)pen.
5- boleh menggunakan komputer tetapi memerlukan
kemahiran yang tinggi dan tidak semudah lakaran menggunakan tangan.
4.1.1 Peranan Lakaran Dalam
Reka Bentuk
*Peranan lakaran dalam reka bentuk Lakaran
memainkan peranan penting dalam
1-menentukan konsep awal proses reka bentuk sesuatu
produk,
2-proses pembinaan,
3-bahan yang akan digunakan,
4-kos pembinaan projek yang terlibat.
*Proses lakaran bermula daripada
1- contengan idea,
2- perincian konsep asas,
3- perincian visual,
4- dan akhirnya lakaran lengkap.
Kedah lakaran terbahagi kepada 2
a) melakar atas kertas dengan menggunakan
pensel
b) lakaran menggunakan Computer Aided Design
(CAD)
PERANAN LAKARAN (INGAT!!!)
1) Mempercepat
pembangunan konsep
2) Asas komposisi untuk ilustrasi
3) Medium komunikasi pelanggan
4)
Eksplorasi
visual
5)
Penyelesaian
perincian visual
No comments:
Post a Comment