Thursday 26 March 2020

reka bentuk dan teknologi tingkatan 1 (bab 3 proses reka bentuk)



Assalamualaikum dan salam sejahtera

cikgu ada sediakan nota berkaitan projek brief. 
Baca dan fahamkan.
Selepas itu, klik link dibawah untuk menjawab soalan yang cikgu sediakan.



Nota 
1.1   Maksud Projek Brief

perbincangan antara pengurus projek dengan pelanggan untuk memenuhi kehendak pelanggan dalam penghasilan produk berdasarkan kepada ciri-ciri projek brif.



1.2 Ciri Projek Brief

A Tajuk projek

Merujuk kepada produk yang ingin dihasilkan. Pengurus dan pereka bentuk mendapatkan maklumat daripada pelanggan tentang jenis produk yang ingin dibangunkan. Tajuk projek seharusnya spesifik dan bukan dinyatakan secara umum.

B- Gambaran Keseluruhan Projek

Gambaran keseluruhan projek terbahagi kepada dua bahagian, iaitu dari segi pengurusan projek dan gambaran awal produk yang ingin dihasilkan.

C- Kriteria produk

Kriteria produk melibatkan elemen dan prinsip dalam reka bentuk yang akan diaplikasikan pada produk. Jenis kriteria akan dibincangkan semasa sesi mendapatkan maklumat daripada pelanggan. Kriteria ini turut mengambil kira produk sedia ada dalam pasaran sebagai rujukan.

D Perancangan dalam pengurusan projek

Perancangan dalam pengurusan projek merangkumi skop projek, kos pengeluaran, masa, perancangan jadual kerja, dan pembentukan kumpulan kerja. Skop kerja merujuk kepada skala pengeluaran produk sama ada dihasilkan secara besar-besaran (mass production), berskala sederhana atau kecil. Pengurus projek memainkan peranan dalam penentuan skop kerja dengan mengambil kira jenis harga pengeluaran produk, kualiti, dan kecepatan penghasilan.

E Analisis kajian reka bentuk produk dan pasaran

 Analisis kajian mengandungi dua perkara penting yang mesti dilakukan, iaitu kajian reka bentuk produk dan kajian pasaran. Kajian reka bentuk produk merujuk kepada perbandingan produk sedia ada dalam pasaran. Perbandingan dibuat dari segi reka bentuk, fungsi, dan ciri-ciri moden. Kajian pasaran pula merangkumi kajian terhadap kehendak kumpulan sasaran produk dan persaingan sedia ada. Kajian ini dapat dilakukan dengan membuat soal selidik dan pemerhatian.

F Lakaran idea

 Berdasarkan analisis produk yang telah dibuat, lakaran idea produk dilukis oleh pereka bentuk untuk dipersembahkan kepada pengurus projek dan pelanggan. Lakaran idea ini biasanya adalah dalam bentuk visual yang menarik dan memenuhi kehendak pelanggan. Lakaran dibuat dalam bentuk 2D dan 3D

G Penghasilan mock-up atau model

Selepas membuat lakaran persembahan idea dan mendapat persetujuan daripada pelanggan, barulah mock-up atau model dihasilkan. Mock-up dikenali sebagai model olokan yang diperbuat daripada bahan yang mudah didapati, bahan kitar semula, dan mudah dibentuk seperti polistirena, gabus, span, dan kayu jelutung. Model boleh dihasilkan sama ada dalam bentu model berfungsi sepenuhnya atau separa berfungsi.





1.3 perancangan projek brief

       Perancangan projek brief menggunakan borang projek brief. Soalan dalam borang projek brief mestilah berdasarkan ciri projek brief yang mudah difahami oleh pelangan. Selain utu juga, berupaya mendapatkan maklumat yang diperlukan.

BORANG PROJEK BRIEF

Tajuk : bekas alat tulis

Bil


1
Fungsi
1. Apakah kegunaan produk ini?
2. Di manakah produ kini akan digunakan?
1- produk saya akan digunakan untuk menyimpan alat tulis
2- produk ini akan digunakan di sekolah dan pejabat atau kemana-mana sahaja
2
Persembahan
1. Bagaimanakah cara produk itu digunakan/dipersembahkan?
1- Produk saya ini kan dipersembahkan dalam pelbagai warna
2- reka bentu saiz tetap
3
Tujuan Pasaran
-Siapakah yang akan    menggunakannya?
-Persaingan?
- Pengguna bagaimanakah yang akan menggunakan produk saya?
1- pengguna sasaran produk saya berumur 13 tahun keatas
2- terdapat persaiang tetapi reka bentuk kurang menarik
3-pelajar sekolah tetapi juga boleh digunakan oleh pelajar universiti
4
Kuantiti
1. Berapa jumlah yang diperlukan?
Untuk fasa pertama saya akan mengeluarkan 50 unit
5
Stail/Gaya
1. Bagaimanakah rupa/rekabentuk produk tersebut?
2. Apakah reka bentuk akan mendapat perhatiandi pasaran?
1- produk saya menggunakan corak abstrak , bersaiz sederhana kecil, ringan , dan mudah untuk dibawa kemana sahaja
2- sudah semestinya disebabkan corak yang menarik serta ringan akan memjadikan mesra pengguna
6
Kualiti
1. Bagaimanakah dengan kualiti pembuatannya?
2. Apakah pelanggan mempunyai sebarang permintaan istimewa?
3. Standard nasional yang perlu dipatuhi?
1-saya akan memastikan produk ini berkualiti tinggi.
2- pelanggan memerlukan ruang simpan yang sederhana dan dapat disimpan selepas digunakan tanpa mengambil ruangan yang besar
3- produk ini akan mendapatkan kelulusan piawaian kualiti SIRIM
7
Kos
1. Kos untuk menghasilkan satu unit produk?
2. Apakah tahap keuntungan yang dikehendaki?
3. Berapakah anggaran kos terakhir?
1- kos bagi 1 unit diangarkan sebanyak RM 7
2- saya berharap akan dapat keuntungan sebanyak RM 10 bagi setiap unit
3- kos terakhir tidak  melebihi RM 10
8

Jangka Masa
1. Bila pelanggan mahukan projek ini disiapkan?
2. Apakah produk juga perlu siap dalam jangka waktu yang sama?
1-Pelanggan mahu cadangan reka bentuk projek disiapkan dalam tempoh 2 hari waktu berkerja.
2- saya berharap agar dapat menyiapkan contoh produk (mock-up) pada masa yang sama walaupun penambahbaikkan akan meningkatkan jangka masa yang ditetapkan.






















1.4 menyaring maklumat borang projek brief
Apabila borang projek brief di lengkapkan, maklumat yang diperolehi perlu di

saring (= menyaring= ringkaskan= summarize) bagi memudahkan proses membuat lakaran asas produk. Lakaran yang akan dibuat  mestilah berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada proses penyaringan maklumat borang projek brief.

JADUAL MAKLUMAT PROJEK BRIEF
Bil

catatan (rujuk buku teks)
1
Fungsi



2
Persembahan


3
Tujuan Pasaran


4
Kuantiti


5
Stail/Gaya


6
Kualiti


7
Kos




8

Jangka Masa














1.5 mengaplikasi projek brief dalam bentuk jadual dan lakaran

                a) Dalam bentuk jadual
JADUAL APLIKASI PROJEK BRIEF

Bil

 rujuk buku teks
1
Tajuk projek
1-apakah jenis produk?
2. Apakah kegunaan produk ini?
3. Di manakah produk ini akan digunakan?

1

2

Gambaran keseluruhan projek
-Siapakah yang akan    menggunakannya?
-apakah tujuan produk ini dihasilkan?
-Adakah produk ini diperlukan oleh pengguna?
-bagaimanakah produk ini digunakan dan dipersembahkan?

1-

3

Reka bentuk produk
-Apakah elemen dan prinsip reka bentuk yang akan digunakan ?
-Apakah krikteria reka bentuk yang ingin diterapkan ?
-Adakah produk ini inovasi daripada produk sedia ada atau yang baharu digunakan?

1

4

Perancangan dalam pengurusan projek
-pembahagian kumpulan kerja
- jadual kerja
-kos pengeluaran
-Kuantiti penghasilan


5

Analisis kajian reka bentuk produk dan pasaran
-Membuat perbandingan dari segi fungsi , persembahan, tujuan pasaran, kuantiti, kualiti, kos, dan jangka masa
-adakah produk ini akan mendapat permintaan di pasaran?

1

6

Lakaran idea
-bagaimanakah rupa bentuk produk dalam bentuk 2D dan 3D?
1-

7

Penghasilan mock-up
Bahan dan peralatan yang diperlukan untuk menghasilkan mock-up

1-









                 b) Dalam bentuk lakaran (2D dan 3D)

                                -melibatkan lakaran produk menggunakan prinsip, elemen, dan idea inovasi


lakaran 3D adalah dalam bentuk isometri


lakaran 2D adalah dalam bentuk ortografik. 





1.6 pembinaan mock up atau model





Apabila lakaran dibuat dalam 2D dan 3D, penghasilan mock up atau model perlu dihasilkan untuk tunjuk produk yang akan dibuat.



Mock up

-model reka bentuk (bersaiz sebenar atau sekala kecil) untuk demonstrasi atau promosi

-tujuan: memberi gambaran awal (keseimbangan rupa bentuk, warna, ergonomik)

-bahan: barang yang mudah dibentuk dan sesuai dengan produk(contoh: tanah liat, plastisin)



Model

-terbahagi kepada 2 (berfungsi dan separa berfungsi)



Model berfungsi= serupa dengan produk sebenar, mampu berfungsi seperti produk sebenar, bahan dan cantuman yang sebenar.

Model separa berfungsi= saiz lebih kecil atau sama dengan saiz sebenar, beberapa bahagian model dapat berfungsi seperti produk sebenar.




1.7 pemilaian hasil mock up atau model


penilaian bagi mengukur tahap keberkrsanan produk berdasarkan 3 factor, antaranya ialah:

a)mematuhi kerekteria projek brief
b)mematuhi kehendak pelanggan
c)ketepatan reka bentuk

* ujuan parameter - sesuatu ukuran yang ingin dijadikan piawaian. (standard yang di tetapkan untuk digunakan dalam menguji ketahanan produk.



1.7.1 penilaian mock up 

penilaian dibuat berdasarkan bentuk, keseimbangan, kesetabilan, dan kekuatan cantuman. 

penilaian mock up tidak boleh mengukur fungsi produk.

1.7.2 penilaian model
Pengujian bagi model dibuat bergantung pada jenis model sama ada model separa berfungsi atau model berfungsi sepenuhnya. Pengujian model adalah dari segi kefungsian. Seperti penilaian mock-up, parameter perlu ditetapkan terlebih dahulu sebelum membuat pengujian model




2 comments:

  1. Cg..blh x sy nk tau tiga fungsi tujuan pasaran. Terima kasih.

    ReplyDelete