Assalamualaikum dan salam sejahtera
cikgu ada sediakan nota berkaitan projek brief.
Baca dan fahamkan.
Selepas itu, klik link dibawah untuk menjawab soalan yang
cikgu sediakan.
Nota
1.1
Maksud Projek Brief
perbincangan
antara pengurus projek
dengan pelanggan
untuk memenuhi kehendak
pelanggan dalam penghasilan produk berdasarkan kepada ciri-ciri projek
brif.
1.2 Ciri Projek Brief
A Tajuk projek
Merujuk kepada produk yang ingin dihasilkan. Pengurus dan pereka bentuk
mendapatkan maklumat daripada pelanggan tentang jenis produk yang ingin
dibangunkan. Tajuk projek seharusnya spesifik dan bukan dinyatakan secara umum.
B- Gambaran Keseluruhan Projek
Gambaran keseluruhan projek terbahagi kepada dua bahagian,
iaitu dari segi pengurusan
projek dan gambaran
awal produk yang ingin dihasilkan.
C- Kriteria produk
Kriteria produk melibatkan elemen dan prinsip dalam reka bentuk yang akan
diaplikasikan pada produk. Jenis kriteria akan dibincangkan semasa sesi mendapatkan maklumat daripada
pelanggan. Kriteria ini turut mengambil kira produk sedia ada dalam
pasaran sebagai rujukan.
D Perancangan dalam pengurusan projek
Perancangan dalam pengurusan projek merangkumi skop projek, kos pengeluaran,
masa, perancangan jadual kerja, dan pembentukan kumpulan kerja. Skop
kerja merujuk kepada skala pengeluaran produk sama ada dihasilkan secara besar-besaran (mass production),
berskala sederhana atau
kecil. Pengurus projek memainkan peranan dalam penentuan skop kerja
dengan mengambil kira jenis harga pengeluaran produk, kualiti, dan kecepatan
penghasilan.
E Analisis kajian reka bentuk produk dan pasaran
Analisis kajian
mengandungi dua perkara penting yang mesti dilakukan, iaitu kajian reka bentuk produk
dan kajian pasaran.
Kajian reka bentuk produk merujuk kepada perbandingan produk sedia ada dalam pasaran.
Perbandingan dibuat dari segi reka bentuk, fungsi, dan ciri-ciri moden. Kajian pasaran pula
merangkumi kajian terhadap kehendak kumpulan sasaran produk dan persaingan
sedia ada. Kajian ini dapat dilakukan dengan membuat soal selidik dan pemerhatian.
F Lakaran idea
Berdasarkan analisis
produk yang telah dibuat, lakaran idea produk dilukis oleh pereka bentuk untuk
dipersembahkan kepada pengurus projek dan pelanggan. Lakaran idea ini biasanya
adalah dalam bentuk visual yang menarik dan memenuhi kehendak pelanggan.
Lakaran dibuat dalam bentuk 2D dan 3D
G Penghasilan mock-up atau model
Selepas membuat lakaran persembahan idea dan mendapat
persetujuan daripada pelanggan, barulah mock-up atau model dihasilkan. Mock-up dikenali sebagai model
olokan yang diperbuat daripada bahan yang mudah didapati, bahan kitar semula, dan mudah dibentuk
seperti polistirena, gabus, span, dan kayu jelutung. Model boleh dihasilkan sama ada dalam bentu model
berfungsi sepenuhnya atau separa berfungsi.
1.3 perancangan projek brief
Perancangan
projek brief menggunakan borang projek brief. Soalan dalam borang projek brief
mestilah berdasarkan ciri projek brief yang mudah difahami oleh pelangan.
Selain utu juga, berupaya mendapatkan maklumat yang diperlukan.
BORANG PROJEK BRIEF
Tajuk : bekas alat tulis
Bil
|
|
|
1
|
Fungsi
1. Apakah kegunaan produk ini?
2. Di manakah produ kini akan digunakan?
|
1- produk saya akan digunakan
untuk menyimpan alat tulis
2- produk ini akan digunakan
di sekolah dan pejabat atau kemana-mana sahaja
|
2
|
Persembahan
1. Bagaimanakah cara produk itu
digunakan/dipersembahkan?
|
1- Produk saya ini kan
dipersembahkan dalam pelbagai warna
2- reka bentu saiz tetap
|
3
|
Tujuan Pasaran
-Siapakah yang akan menggunakannya?
-Persaingan?
- Pengguna bagaimanakah yang akan menggunakan
produk saya?
|
1- pengguna sasaran produk
saya berumur 13 tahun keatas
2- terdapat persaiang tetapi
reka bentuk kurang menarik
3-pelajar sekolah tetapi juga
boleh digunakan oleh pelajar universiti
|
4
|
Kuantiti
1. Berapa jumlah yang diperlukan?
|
Untuk fasa pertama saya akan
mengeluarkan 50 unit
|
5
|
Stail/Gaya
1. Bagaimanakah rupa/rekabentuk produk tersebut?
2. Apakah reka bentuk akan mendapat perhatiandi
pasaran?
|
1- produk saya menggunakan
corak abstrak , bersaiz sederhana kecil, ringan , dan mudah untuk dibawa
kemana sahaja
2- sudah semestinya
disebabkan corak yang menarik serta ringan akan memjadikan mesra pengguna
|
6
|
Kualiti
1. Bagaimanakah dengan kualiti pembuatannya?
2. Apakah pelanggan mempunyai sebarang
permintaan istimewa?
3. Standard nasional yang perlu dipatuhi?
|
1-saya akan memastikan produk
ini berkualiti tinggi.
2- pelanggan memerlukan ruang
simpan yang sederhana dan dapat disimpan selepas digunakan tanpa mengambil
ruangan yang besar
3- produk ini akan
mendapatkan kelulusan piawaian kualiti SIRIM
|
7
|
Kos
1. Kos untuk menghasilkan satu unit produk?
2. Apakah tahap keuntungan yang dikehendaki?
3. Berapakah anggaran kos terakhir?
|
1- kos bagi 1 unit diangarkan
sebanyak RM 7
2- saya berharap akan dapat
keuntungan sebanyak RM 10 bagi setiap unit
3- kos terakhir tidak melebihi RM 10
|
8
|
Jangka Masa
1. Bila pelanggan mahukan projek ini disiapkan?
2. Apakah produk juga perlu siap dalam jangka
waktu yang sama?
|
1-Pelanggan mahu cadangan
reka bentuk projek disiapkan dalam tempoh 2 hari waktu berkerja.
2- saya berharap agar dapat
menyiapkan contoh produk (mock-up) pada masa yang sama walaupun penambahbaikkan
akan meningkatkan jangka masa yang ditetapkan.
|
1.4 menyaring maklumat borang projek brief
Apabila borang projek brief di lengkapkan, maklumat yang
diperolehi perlu di
saring (= menyaring= ringkaskan= summarize) bagi memudahkan
proses membuat lakaran asas produk. Lakaran yang akan dibuat mestilah berdasarkan maklumat yang diperolehi
daripada proses penyaringan maklumat borang projek brief.
JADUAL MAKLUMAT
PROJEK BRIEF
Bil
|
|
catatan (rujuk buku teks)
|
1
|
Fungsi
|
|
2
|
Persembahan
|
|
3
|
Tujuan Pasaran
|
|
4
|
Kuantiti
|
|
5
|
Stail/Gaya
|
|
6
|
Kualiti
|
|
7
|
Kos
|
|
8
|
Jangka Masa
|
|
1.5 mengaplikasi projek brief dalam bentuk jadual dan
lakaran
a)
Dalam bentuk jadual
JADUAL
APLIKASI PROJEK BRIEF
Bil
|
|
rujuk buku teks
|
1
|
Tajuk projek
1-apakah jenis produk?
2. Apakah kegunaan produk ini?
3. Di manakah produk ini akan digunakan?
|
1
|
2
|
Gambaran keseluruhan
projek
-Siapakah yang akan menggunakannya?
-apakah tujuan produk ini dihasilkan?
-Adakah produk ini diperlukan oleh pengguna?
-bagaimanakah produk ini
digunakan dan dipersembahkan?
|
1-
|
3
|
Reka bentuk produk
-Apakah elemen dan prinsip reka bentuk yang akan
digunakan ?
-Apakah krikteria reka bentuk yang ingin
diterapkan ?
-Adakah produk ini inovasi daripada produk sedia
ada atau yang baharu digunakan?
|
1
|
4
|
Perancangan dalam
pengurusan projek
-pembahagian kumpulan kerja
- jadual kerja
-kos pengeluaran
-Kuantiti penghasilan
|
|
5
|
Analisis kajian reka
bentuk produk dan pasaran
-Membuat perbandingan dari
segi fungsi , persembahan, tujuan pasaran, kuantiti, kualiti, kos, dan jangka
masa
-adakah produk ini akan
mendapat permintaan di pasaran?
|
1
|
6
|
Lakaran idea
-bagaimanakah rupa bentuk produk dalam bentuk 2D
dan 3D?
|
1-
|
7
|
Penghasilan mock-up
Bahan dan peralatan yang diperlukan untuk
menghasilkan mock-up
|
1-
|
b)
Dalam bentuk lakaran (2D dan 3D)
-melibatkan
lakaran produk menggunakan prinsip, elemen, dan idea inovasi
lakaran 3D adalah
dalam bentuk isometri
lakaran 2D adalah
dalam bentuk ortografik.
1.6 pembinaan mock up atau model
Apabila lakaran dibuat dalam 2D dan 3D, penghasilan mock up
atau model perlu dihasilkan untuk tunjuk produk yang akan dibuat.
Mock up
-model reka bentuk (bersaiz sebenar atau sekala kecil) untuk
demonstrasi atau promosi
-tujuan: memberi gambaran awal (keseimbangan rupa bentuk,
warna, ergonomik)
-bahan: barang yang mudah dibentuk dan sesuai dengan produk(contoh:
tanah liat, plastisin)
Model
-terbahagi kepada 2 (berfungsi dan separa berfungsi)
Model berfungsi=
serupa dengan produk sebenar, mampu berfungsi seperti produk sebenar, bahan dan
cantuman yang sebenar.
Model separa
berfungsi= saiz lebih kecil atau sama dengan saiz sebenar, beberapa bahagian
model dapat berfungsi seperti produk sebenar.
1.7 pemilaian hasil mock up atau model
penilaian bagi mengukur tahap keberkrsanan produk berdasarkan 3 factor, antaranya ialah:
a)mematuhi kerekteria projek brief
b)mematuhi kehendak pelanggan
c)ketepatan reka bentuk
* ujuan parameter - sesuatu ukuran yang ingin dijadikan piawaian. (standard yang di tetapkan untuk digunakan dalam menguji ketahanan produk.
1.7.1 penilaian mock up
penilaian dibuat berdasarkan bentuk, keseimbangan, kesetabilan, dan kekuatan cantuman.
penilaian mock up tidak boleh mengukur fungsi produk.
1.7.2 penilaian model
Pengujian bagi model dibuat bergantung pada jenis model sama ada model separa berfungsi atau model berfungsi sepenuhnya. Pengujian model adalah dari segi kefungsian. Seperti penilaian mock-up, parameter perlu ditetapkan terlebih dahulu sebelum membuat pengujian model